LOVING YOURSELF

LOVING YOURSELF

Thursday, July 7, 2011

Warna dan Anda





Merah

Positif

  • tindakan, kuasa, tenaga, kelajuan
  • keinginan
  • kekuatan, galakan
  • mendapat perhatian, motivasi, merangsang, bertenaga
  • kegembiraan, hangat, spontan, keyakinan
Negatif
  • aggresif dan kemarahan
  • mendominasi, letih
  • cepat marah, tidak bertoleransi, ketakutan
  • keganasan
Warna Merah dalam Proffesion Anda

Kebiasaannya, warna merah dikaitkan dengan kehangatan. Warna ini biasanya akan mendapat maklum balas positif mahupun negatif daripada klien atau prospek anda. Jika ini berlaku anda tidak mempunyai kuasa untuk mengawalnya kerana ia berada pada tangan prospek anda.

Warna merah akan menggalakkan pembeli untuk bertindak dengan membeli perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan. Penggunaan warna merah yang terlalu banyak sangat berkesan dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.Oleh kerana warna merah menggambarkan 'appetite' maka warna ini amat sesuai digunakan dalam produk atau perkhidmatan yang berkait dengan pemakanan.

Variasi Dalam Warna Merah

Maroon
Merupakan wana merah kehitaman. Ia melambangkan pengawalan dan tindakan yang terancang. Lebih lembut karakternya berbanding karakter warna burgundy dan tidak sedramatik warnah merah.

Burgundy
Warna merah pekat keunguan. Ianya lebih sofistikated dan serius serta kurang bertenaga berbanding warna merah. Ia melambangkan kuasa kawalan, penentu cita-cita dan tindakan. Biasanya dikaitkan dengan kekayaan.

Crimson
Variasi merah ini mempunyai sedikit warna biru di dalamnya.Ia menunjukkan penentuan kepada kejayaan tetapi tanpa melukakan hati sesiapa. Ia le bih kepada sensualiti berbanding seksualiti.

Scarlet
Mempunyai sedikit campuran warna oren di dalamnya yang memberikan kekayaan dan kecerahan. Ia melambangkan 'enthusiasm' dan kasih sayang di dalam hidup.

Bagi mengetahui warna-warna lain anda boleh mendapatkan e-book tentang 'Warna, Personaliti dan Perniagaan Anda' yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Untuk tempahan anda bolehlah meninggalkan butiran lengkap anda iaitu nama, emel, no tel, alamat, dan no kad pengenalan ke hn3012@yahoo.com. 10 tempahan pertama akan mendapat ebook percuma tentang tips berpakaian mengikut bentuk tubuh anda.

No comments:

Post a Comment