LOVING YOURSELF

LOVING YOURSELF

Tuesday, July 5, 2011

4 Jenis Tubuh Wanita



YANG MANA SATUKAH ANDA?

Hourglass Shape

Bentuk tubuh ini merupakan bentuk tubuh wanita yang terbaik yang mana ukuran dada dan pinggang hampir sama walaupun ukuran dada lebih seinci daripada ukuran punggung. Wanita yang memiliki bentuk tubuh ini mempunyai ukuran pinggang yang kecil. Kesempurnaan bagi pemilik tubuh ini ialah apabila beza antara ukuran pinggang dan dada dan beza antara ukuran pinggang dan punggung sekurang-kurangnya 9 inci.

Pear atau Spoon Shape

Sekiranya terdapat perbezaan yang besar dalam ukuran antara  punggung dan dada, maka mereka berada dalam kategori ini. Ukuran punggung 2 inci lebih besar daripada dada dan ukuran pinggang adalah kurang 9.25 inci kecil daripada dada.

Ruler (Rectangle) Shape

Sekiranya sukar untuk membezakan ukuran antara pinggang, dada dan punggung dalam erti kata ukuran ketiga-tiganya adalah sama atau hampir sama maka anda berada dalam kategori ini. Ukuran pinggang adalah lebik kecil sebanyak 9 inci ke bawah daripada ukuran dada.


Conical (Triangle) Shape

Kebiasaannya apabila ukuran dada dan pinggang sama tetapi ukuran punggung sekurang-kurangnya 9 inci lebih kecil daripada dada maka anda adalah dalam kategori Conical Shape. Pengukuran yang standard ialah ukuran dada 3.6 inci atau lebih besar daripada pinggang manakala ukuran pinggang lebih kecil sebanyak 9 inci ke bawah daripada ukuran dada


Apple Shape

Ukuran pinggang adalah lebih besar berbanding punggung dan dada maka anda memiliki bentu tubuh ini.

No comments:

Post a Comment