LOVING YOURSELF

LOVING YOURSELF

Saturday, July 9, 2011

KHIDMAT RUNDING IMEJ PERCUMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog Hazlynn image Consultant. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat runding imej percuma dari Hazlynn Image Consultant bolehlah emel kepada saya nama penuh, umur, ketinggian dan berat badan berserta ukuran dada, pinggang dan punggung. Jangan lupa no telefon anda ke hn3012@yahoo.com. Tawaran adalah terhad kepada 10 orang yang pertama.

Thursday, July 7, 2011

Warna dan Anda





Merah

Positif

  • tindakan, kuasa, tenaga, kelajuan
  • keinginan
  • kekuatan, galakan
  • mendapat perhatian, motivasi, merangsang, bertenaga
  • kegembiraan, hangat, spontan, keyakinan
Negatif
  • aggresif dan kemarahan
  • mendominasi, letih
  • cepat marah, tidak bertoleransi, ketakutan
  • keganasan
Warna Merah dalam Proffesion Anda

Kebiasaannya, warna merah dikaitkan dengan kehangatan. Warna ini biasanya akan mendapat maklum balas positif mahupun negatif daripada klien atau prospek anda. Jika ini berlaku anda tidak mempunyai kuasa untuk mengawalnya kerana ia berada pada tangan prospek anda.

Warna merah akan menggalakkan pembeli untuk bertindak dengan membeli perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan. Penggunaan warna merah yang terlalu banyak sangat berkesan dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.Oleh kerana warna merah menggambarkan 'appetite' maka warna ini amat sesuai digunakan dalam produk atau perkhidmatan yang berkait dengan pemakanan.

Variasi Dalam Warna Merah

Maroon
Merupakan wana merah kehitaman. Ia melambangkan pengawalan dan tindakan yang terancang. Lebih lembut karakternya berbanding karakter warna burgundy dan tidak sedramatik warnah merah.

Burgundy
Warna merah pekat keunguan. Ianya lebih sofistikated dan serius serta kurang bertenaga berbanding warna merah. Ia melambangkan kuasa kawalan, penentu cita-cita dan tindakan. Biasanya dikaitkan dengan kekayaan.

Crimson
Variasi merah ini mempunyai sedikit warna biru di dalamnya.Ia menunjukkan penentuan kepada kejayaan tetapi tanpa melukakan hati sesiapa. Ia le bih kepada sensualiti berbanding seksualiti.

Scarlet
Mempunyai sedikit campuran warna oren di dalamnya yang memberikan kekayaan dan kecerahan. Ia melambangkan 'enthusiasm' dan kasih sayang di dalam hidup.

Bagi mengetahui warna-warna lain anda boleh mendapatkan e-book tentang 'Warna, Personaliti dan Perniagaan Anda' yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Untuk tempahan anda bolehlah meninggalkan butiran lengkap anda iaitu nama, emel, no tel, alamat, dan no kad pengenalan ke hn3012@yahoo.com. 10 tempahan pertama akan mendapat ebook percuma tentang tips berpakaian mengikut bentuk tubuh anda.

Tuesday, July 5, 2011

4 Jenis Tubuh Wanita



YANG MANA SATUKAH ANDA?

Hourglass Shape

Bentuk tubuh ini merupakan bentuk tubuh wanita yang terbaik yang mana ukuran dada dan pinggang hampir sama walaupun ukuran dada lebih seinci daripada ukuran punggung. Wanita yang memiliki bentuk tubuh ini mempunyai ukuran pinggang yang kecil. Kesempurnaan bagi pemilik tubuh ini ialah apabila beza antara ukuran pinggang dan dada dan beza antara ukuran pinggang dan punggung sekurang-kurangnya 9 inci.

Pear atau Spoon Shape

Sekiranya terdapat perbezaan yang besar dalam ukuran antara  punggung dan dada, maka mereka berada dalam kategori ini. Ukuran punggung 2 inci lebih besar daripada dada dan ukuran pinggang adalah kurang 9.25 inci kecil daripada dada.

Ruler (Rectangle) Shape

Sekiranya sukar untuk membezakan ukuran antara pinggang, dada dan punggung dalam erti kata ukuran ketiga-tiganya adalah sama atau hampir sama maka anda berada dalam kategori ini. Ukuran pinggang adalah lebik kecil sebanyak 9 inci ke bawah daripada ukuran dada.


Conical (Triangle) Shape

Kebiasaannya apabila ukuran dada dan pinggang sama tetapi ukuran punggung sekurang-kurangnya 9 inci lebih kecil daripada dada maka anda adalah dalam kategori Conical Shape. Pengukuran yang standard ialah ukuran dada 3.6 inci atau lebih besar daripada pinggang manakala ukuran pinggang lebih kecil sebanyak 9 inci ke bawah daripada ukuran dada


Apple Shape

Ukuran pinggang adalah lebih besar berbanding punggung dan dada maka anda memiliki bentu tubuh ini.